Monday, April 22, 2013

Mood: Sebak...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Lama sudah xupdate. Mungkin sebab kehidupan berblog ini bukan untuk saya. Payah bagi saya untuk duduk lama dalam satu2 masa, untuk mencoret liku kehidupan saya. So, post2 saya tidak akan konsisten, maaf ya.

Dan kenapa tajuk "mood:sebak" ?

Saya pon xtahu. Hari ini tiba2 saya jenguk facebook adik2 saya. Saya jarang jenguk mereka. Daripada page adik2 perempuan saya, hinggalah ke page adik saya yang paling bongsu. Terlupa plak die yang kecik tu pon ada facebook. Saya klik gambar2 mereka. Tiba2 rasa syahdu menusuk ke hati. Adakah saya seorang abang yang baik? Saya jarang ambil tahu tentang mereka. Mungkin jarak yang jauh ini membataskan kami. Mungkin juga, saya memang seorang abang yang kurang bertanggungjawab.

Hari ini saya menangis. Saya menulis post ini di tempat awam dengan air mata yang berjujuran. Kali ini saya tewas dengan perasaan sendiri. Saya jarang menangis kerana keluarga. Jujur. Dan hari ini, saya tak tahu mengapa terdetik untuk saya singgah ke page mereka.

Saya dengan adik2 lelaki saya memang rapat. Mungkin disebabkan itu jugalah saya agak kebudak-budakkan. Saya berkongsi hobi dengan mereka. Selalu main video games sama2 dan sebagainya. Banyak saya nak cerita tentang kenangan bersama, tapi jujur saya xmampu. Sekarang saya sangat beremosi. Poyo betul syafiq. Haih..

Maafkan abangmu ini...

Maaf juga, post yang merapu. Cuma rasa nak luahkan kesedihan ini. Mata-mata sudah mula memandang saya, "kenapa agaknya lelaki ini menangis di tempat awam". Maaf, kali ini, perasaan yang menguasai saya. Saya tewas...

Semoga Allah merahmati keluarga saya. Semoga Allah panjangkan dan beri kesihatan yang baik buat ibubapa saya. Semoga Allah beri ketenangan kepada mereka. Doa saya wajib buat kalian. Dan adik2, smga jadi hamba yang lebih baik daripada abangmu ini. Salam sayang setulus hati...

:']

Thursday, March 14, 2013

Hiking ke Sturtevant Falls

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
tu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yangdemikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah An-Nahl:68-69)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

[ An-Nahl : 68-69 ]

Saya memang seorang yang suka akan "nature". Saya gemar akan kehijauan, pokok2, tumbuh-tumbuhan, sungai, laut. Sebab saya rasa pada mereka, terdapat suatu ketenangan yang tak ada pada benda-benda lain. Lalu saya dan sahabat saya pon buat keputusan untuk pergi ke celah-celah gunung di Arcadia, CA untuk menenangkan fikiran. Google punya google, rupanya ada satu 'hiking trail' dekat je. X sampai 15 minit drive. Apa lagi, laju je la kami pergi. Post ini tiada apa-apa motif sangat pon, cuma nak kongsikan gambar-gambar pemandangan sahaja. Cantik tempat dia ni, dalam hiruk pikuk Los Angeles, wujud keindahan alam di sebalik gunung ganang. 

Add caption


Sepanjang trail, memang kami akan berjalan sebelah sahaja sungai. Teruja giler bila nampak sungai sebab dah rindu sangat2 sungai kat Malaysia. Kan kalau dekat Msia, "camping" je mesti buat dekat air terjun. Teringat Malaysia bila dapat suasana macam ni.







Walaupun kecik aje air terjun nya, best kot! Air sejuk giler! Mungkin ni sebab awal pagi kot, matahari tak terpacak lagi atas kepala.



Wakaka, ni bukan jin hutan tau. Walaupun besar gabak =P




Dan sekeliling sepanjang 'hiking trail' ini, ada cabin2. Xsure macam mana nak sewa, kalau boleh sewa mesti best. Bermalam di hutan pon syok ni

Setakat ini aje lah post kali ini. Saja nak share2 gambar sahaja. Takde intipati sangat kan? Hehe. Yang pasti, dengan melihat ciptaan Tuhan, hati pasti semakin yakin dengan kekuasaan-Nya. Tak percaya cubalah.

:)

Tuesday, March 12, 2013

Solat tapi masuk neraka...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Terkejut tengok tajuk kan? Tapi bagi yang betul-betul faham, tajuk ini tidaklah pelik. Jadi macam biasa, malam-malam memang akan buka youtube, tengok kuliah pape yang menarik. Terjumpa kuliah oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad. Tengok tajuk, ok beres macam sedap. Jadi saya kongsikan sedikit ape intipati kuliah beliau ini di bawah...





Allah tidak zalim. Jadi x pelik jika Allah masukkan hamba Dia yang dalam neraka satu hari nanti, Allah masukkan Dia dalam syurga pulok. Sebab ape? Sebab Allah kata, seseorang yang ada iman walau hanya sebesar zarah, pasti akan masuk syurga. Itu memang janji Allah. Allah x main-main dengan janji dia. Tapi kena ingat, kita masuk syurga dengan rahmat Allah. Dengan rahmat Allah semata-mata, baru kita akan masuk syurga, bukan kerana amalan kita. Bukan kerana dia rajin pegi umrah, bukan kerana dia banyak sedekah, bukan kerana dia rajin solat sunat. Dia masuk kerana belas kasihan Allah. Tapi ingat, belas ihsan Allah hanya akan dapat melalui amalan. Sebagai hamba, kita bergantung harap kepada tuan kita. Jadi kita, mesti mengharap kepada Tuhan kita. Bila kita buat amalan yang Dia suruh, pasti ada kelebihannya disisi Allah. Wajib ada ihsan Allah kepada hamba-Nya yang beramal. Ada orang yang banyak amalan tapi x masuk syurga. Ada! Xpelik! Xboleh kata kat Tuhan, "pasal ape aku masuk neraka, sedangkan aku solat x tinggal". Haa, xboleh. Sebab masuknya kita ke syurga dengan rahmat Allah, bukan kerana amalan kita. Mungkin amalan itu x menepati ciri-ciri yang Allah hendak. Jadi kita sebagai hamba, x boleh nak persoal Tuhan, sebab Dia tuan kita. Apa yang boleh, kita buat apa yang Dia suruh, tinggal apa Dia larang. Ikhlas sungguh2, moga-moga kasih sayang Allah melimpah ruah buat kita, insyaAllah. 


Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud : 

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) 


Rasulullah SAW telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya: 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 
4. Orang lelaki yang melarikan diri. 
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 
9. Orang-orang yang suka makan riba'. 
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



Semoga kita tergolong dari kalangan yang solatnya diterima oleh Allah, dan sentiasa lah berharap walaupun amalan kita yang sedikit ini, Allah masih lagi kasih dan sayang kepada kita, dan semoga dikurniakan Syurga, dengan rahmat-Nya semata-mata, insyaAllah. 

Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Esa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Rindu. Ya saya rindu majlis ilmu di Malaysia. Rasanya ini kali ke seribu kot saya duk ulang tentang rindu akan taman-taman syurga ni. Hahaha. Bukan apa, sini ada je majlis seumpama itu, tapi 'feel' dia lain, di Malaysia environementnye agak santai. Lepas kuliah boleh makan-makan kat gerai, (itu sebab utama die sebenarnya), boleh konvoi ramai2 pastu lumba sapa sampai kedai makan dulu. Haha

Jadi, youtube sahajalah pengubat rindu saya. Buku-buku agamalah, majlis usrah bersama rakan-rakan jadi pengisi kekosongan rohani saya. Ada juga kawan saya di Malaysia yang baik hati rakam mp3 kuliah agama dan saya hanya perlu download jer. Semoga Allah merahmati usahamu sahabat.


Kitab Maulana Al-Fathani, berkenaan hukum hakam

Ini kitab lama, kitab kuning yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Disusun semula oleh Ustaz Hasan Din Al-Hafiz. Disyorkan oleh sahabat dan para ustaz, bila ditanya apa buku tentang hukum hakam yang best :)


Ensiklopedia solat, best sebab ada gambar2. Xbosan hihi.

Telaga Biru production memang menjadi pilihan saya untuk buku2 agama. Best. Penghayatan solat akan bertambah dengan adanya ilmu, insyaAllah. Panel syariah buku ini pon bukan calang2, Ustaz Ismail Kamus, Haji Hashim (mantan mufti wilayah) dan lain-lain


Sirah Nabi Muhammad SAW

Buku yang teramat hebat. Seronok baca. Menang tempat pertama dalam pertandingan "Biography of The Prophet SAW" yang diadakan di Makkah oleh The Muslim World League. Lengkap dan padat. Fuhh. English version, yang melayu ada juga terjemahannya


Saya jenis suka campur2 bahan bacaan. Xtau efektif atau tak. Ade orang kata, baca satu-satu, lepas tu baru tukar lain. Entahla, cuma bila buat macam ni saya jadi tak bosan. Bosan baca sirah, boleh baca hukum hakam, lepas tu baca ensiklopedia. Kalau baca sirah aje, lama-lama bosan juga. Dok rok cetong mu sapik! 

Sebaik-baik bacaan adalah yang berguru. Kalau tak mampu, tiap kali ada kemusykilan, bertanyalah kepda mereka yang mahir. Jangan buat andaian sendiri. InsyaAllah, semoga diberi kemudahan.

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ
"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2

1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.
2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Monday, March 11, 2013

Taman-taman syurga

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Dengar pada tajuk, mungkin ramai dah faham apa itu taman syurga. Sebab apa kita panggil majlis2 ilmu sebegini taman syurga? Mesti pernah dengar bukan ada orang kata malaikat menghamparkan sayapnya untuk memayungi mereka yang berada di dalam majlis ilmu. 



Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Saya dahulunya bukan kaki ceramah. Dulu saya tinggal di Terengganu, rumah betul2 dekat dengan Masjid Terapung, Kuala Ibai. Jalan kaki 5 minit sampai, lintas parit besar je, lalu dekat lagoon. Best. Tapi saya fikir balik, dulu langsung saya x pergi dengar kuliah Maghrib kat situ. Kuliah Subuh apetah lagi. Ruginya. Sebab apa saya x pergi? Nak kata saya jahat, xdelah sangat kot. Sebab memang sekolah agama. Tapi bila duk ingat2 balik, sebabnya saya TAK MINAT. Ya, dulu minat saya terhadap agama boleh dikatakan tiada langsung. Tak minat berjemaah di masjid, tak minat dengar ceramah agama. Tak minat apa saje yang berkaitan agama. Tak benci, cuma tak minat. Kalau dengar ada makan2 je kat masjid baru pergi. (patutla gemuk. eh dulu saya taff, skrg je debab. hehe). 


Kuliah agama Ustaz Azhar Idrus 

Jadi, siapa yang buka jiwa saya untuk minat benda2 agama ini? Pertamanya tentulah Allah Taala. Kalau Dia x berkehendakkan saya berubah, saya mungkin masih lagi tak minat kot agama2 ni. Allah guna Ustaz Azhar Idrus sebagai pembuka, pencetus minat saya tentang kuliah2 agama. Walaupun saya sendiri anak Terengganu, saya baru je kenal ustaz ni. Ruginye. Dia berjaya tarik minat saya untuk kembali mendekati agama. Dia ubah persepsi saya yang kuliah agama ini bosan, tak best, tak seronok. Dia berjaya suntik dalam jiwa saya untuk sayang ulama', sayang agama, cinta agama. Jadi, Ustaz Azhar sememangnya antara asbab paling utama saya kembali meminati agama.

Alhamdulillah, syukur Allah. Terima kasih para da'ie, terima kasih para ulama', terima kasih para ustaz ustazah. Baru sekarang saya faham, ruginya Melayu Islam yang hanya pada nama, ruginya Melayu Islam yg langsung tak tahu manisnya kehidupan beragama, ruginya pemuda pemudi Islam yang terhijab pandangn mata dan hatinya daripada kehebatan agama Islam yang sebenar.

Semoga kalian dirahmati, dan diberkati selalu.

Salam sayang dari saya, buat para ilmuan Islam yang tak henti2 bersusah payah demi Islam.

:) 




Dimulakan dengan Bismillah...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Post pertama dari hamba Allah yang hina ini. Dah lama sebenarnya berkeinginan untuk mempunyai blog sendiri. Cuma dulu motif utama nak buat blog macam xbest sangat, nak cerita kehidupan saya di negara asing. Tapi sekarang, lepas fikir-fikir balik, baik fokuskan blog dengan pengisian ilmu akhirat yang sememangnya sangat2 kurang dalam diri. Kita selit2 juga dengan ilmu duniawi. Semoga pengisian rohani seiring dengan pengisian jasmani (saya debab. haha). Doakan saya istiqamah dengan agama saya, doakan saya menjadi Muslim yang lebih berakhlak, yang menonjolkan Islam sebenar dan doakan juga saya beroleh kehidupan yang berkat disisi Allah. Jangan lupa, panjatkan doa jua buat para alim ulamak, semoga Allah panjangkan usia mereka dan memberi tubuh badan yang sihat untuk mengajar kami anak-anak muda yang masih jauh dari Islam yang sebenar.

InsyaAllah.

:)